7 FEB – YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah berkunjung ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan telah mengadakan perjumpaan bersama Prof. Ir. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman pada 6 Februari, semalam.
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan penajaan baru dan hal ehwal pelajar tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) yang melanjutkan pengajian di UMPSA.
Turut hadir, Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Puan Emas Sanjongan Datu Okar dan dua pegawai BKNS, Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab Director (Associate Proffesor Ts.), UMPSA serta Dr. Abdullah Adnan bin Mohamed - Department of English Language Centre, UMPSA.
Sekian, terima kasih.


