13 FEB - YB. Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah mengadakan kunjungan keatas YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Smart Library, Aras 14, Blok A, Menara Kinabalu pagi ini. (Selasa).
Kunjungan dibuat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dasar perjawatan dalam perkhidmatan awam negeri.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid; Puan Aida binti Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam Negeri; Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governans dan Korporat; dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmatan Pengurusan.
Sekian, terima kasih.
Foto & laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS


