20 FEB- Bahagian Saraan dan Pencen telah mengadakan sesi taklimat mengenai Pekeliling dan Peraturan yang berkaitan dengan kaedah penetapan/penyusunan mata gaji bagi memantapkan pemahaman pegawai-pegawai yang menyediakan kaedah penetapan/penyusunan mata gaji kakitangan di Kementerian/Jabatan masing-masing, tadi.
Sesi taklimat tersebut diadakan secara atas talian (Zoom) dan telah dihadiri oleh lebih 250 orang pegawai penyedia/penyemak penetapan dan penyusunan matagaji di Kementerian/Jabatan masing-masing.
Pegawai-pegawai yang menghadiri sesi taklimat tersebut juga telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan Pekeliling Gaji dan mendapat maklum balas secara langsung daripada Bahagian Saraan dan Pencen.
Sekian, terima kasih.


