Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗹𝗮𝗯𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘁𝗲𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗶𝗹 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗲𝗟𝗲𝘀𝗲𝗻

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

20 FEB – Pejabat Daerah Kalabakan telah mengadakan Majlis Perasmian Kaunter Perlesenan dan Hasil serta Pelancaran Sistem eLesen yang bertempat di Pejabat Daerah Kalabakan pada 9 Februari, lepas.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad bin Hj.Mohd Ali iaitu Pegawai daerah Kalabakan.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan Kaunter Unit Hasil di Pejabat Daerah Kalabakan serta memperkenalkan sistem eLesen.

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri diwakili oleh Bahagian Kerajaan Digital (BKD) iaitu Encik Mohd Faidzal bin Mohd Razi dan Encik Zul Fauzi Ramlan, Penolong Pengarah BKD yang juga mewakili Puan Doria Tai, Pengarah BKD.

Turut hadir, Ketua Balai Polis Kalabakan, Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen P.191 Kalabakan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.73 Sebatik dan Ketia Daerah Mahkamah Anak Negeri Daerah Kalabakan.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain