Kandungan sedang dimuatkan...

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗢𝗿𝗶𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗨𝗽-𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗲-𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 (𝗣𝗦𝗠)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

29 FEB - Selaras dengan Terus Utama 2 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) iaitu Pengukuhan Kerjaya dan Profesionalisme Penjawat Awam Negeri Sabah, Program Orientasi Perkhidmatan Up-Skilling dan Re-Skilling Pengurus Sumber Manusia (PSM) telah berlangsung pada 28 dan 29 Februari 2024 (Rabu dan Khamis), tadi.

Program ini dimulakan dengan Peningkatan Pengetahuan dan Kemahiran PSM oleh Bahagian Pembangunan Organisasi yang diketuai oleh Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, JPANS.

Sesi dua (2) hari ini menumpukan kepada pembangunan kepakaran peserta dalam Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah, Struktur Perjawatan, Tatacara penyediaan kertas kerja untuk tujuan pengukuhan perjawatan dan Penstrukturan Semula Organisasi, Pengenalan mengenai penskiman, Tatacara Penyediaan Deskripsi Tugas dan Sistem i-Portfolio. Sesi diakhiri dengan kuiz yang bertujuan untuk menguji kefahaman peserta terhadap topik-topik yang telah dibentangkan.

Seramai 74 orang Pengurus Sumber Manusia telah hadir ke program tersebut yang diadakan di Bilik Kuliah, Aras 12, JPANS.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain