5 MAC - YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, telah mendapat penganugerahan Productivity Champion (PC) kategori โLeaderโ dalam Persidangan MyMudah @ Pemudahcara Sabah Maju Jaya Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024, pada 4 Mac 2024, semalam.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan YB Datuk Sri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Program anjuran bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah dan Bahagian Governan dan Korporat (GnK) ini telah berlangsung dengan jayanya di Magellan Sutera Resort, dan turut dihadiri oleh barisan setiausaha tetap-setiausaha tetap kementerian yang turut mendapat penganugerahan PC.
Untuk makluman, PC adalah salah satu inisiatif bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang memacu agenda peningkatan produktiviti di peringkat organisasi, industri dan negara.
Ini juga adalah sebagai salah satu penghargaan atas penglibatan dan komitmen yang telah ditonjolkan oleh pegawai Kementerian dan Agensi Sabah dalam memacu inisiatif peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam negeri di Sabah yang secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan prestasi ekonomi Sabah.
Sekian, terima kasih.