Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘙𝘰𝘢𝘥𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘉𝘪𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘉𝘒𝘕𝘚) 𝘡𝘰𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘵𝘢𝘪 𝘛𝘪𝘮𝘶𝘳 𝘚𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

30 APR - Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Zon Pantai Timur Semenanjung Malaysia bersama Mahasiswa/i Sabah telah berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu pada Sabtu, 27 April 2024, lepas.

Objektif program ini dilaksanakan bagi menyantuni anak-anak Sabah yang memerlukan bantuan pendidikan.

Pengisian program bermula 2 petang sehingga 6 petang itu dimulakan dengan sesi taklimat tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Seramai 200 pelajar anak Sabah telah menyertai program ini

Ahli jawatankuasa BKNS yang hadir ialah YBhg. Datuk Hjh. Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Tuan Hj. Ramlan bin Awang Ali, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan Hj. Mohd Sidik bin Awang Adi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (KPSUK) Pejabat Tugas-Tugas Khas

Turut hadir, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah BKNS dan 3 orang pegawai BKNS.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain