Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢/𝘪 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘗𝘢𝘩𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘭-𝘚𝘶𝘭𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘴𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘒𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘬𝘴 𝘜𝘔𝘗𝘚𝘈 𝘏𝘰𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨𝘴, 𝘎𝘢𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

30 APR - Program bersama mahasiswa/i Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah berlansung di Dewan Kompleks UMPSA Holdings, Gambang pada Ahad, 28 April 2024, lepas.

Objektif program ini dilaksanakan bagi menyantuni anak-anak sabah yang memerlukan bantuan pendidikan.

Pengisian program bermula 9 pagi sehingga 1 petang itu dimulakan dengan sesi taklimat tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Seramai 150 pelajar anak Sabah telah menyertai program ini.

Ahli jawatankuasa BKNS yang hadir ialah YBhg. Datuk Hjh. Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah, Tuan Hj. Ramlan bin Awang Ali, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Tuan Hj. Mohd Sidik bin Awang Adi, Ketua Penolong Setiausaha Kanan (KPSUK) Pejabat Tugas-Tugas Khas.

Turut hadir, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah BKNS dan 3 orang pegawai BKNS.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain