Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘖𝘳𝘪𝘦𝘯𝘵𝘢𝘴𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘜𝘱-𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘙𝘦-𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴 𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢 (𝘗𝘚𝘔) 𝘚𝘪𝘳𝘪 3/2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

3 MEI- Program Orientasi Perkhidmatan Up-Skilling dan Re-Skilling Pengurus Sumber Manusia (PSM) Siri 3/2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 dan 30 April 2024 (Isnin dan Selasa), bertempat di Bilik Multivision Menara Kinabalu.

Pada siri kali ini, program memfokuskan kepada peningkatan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang saraan Perkhidmatan Awam Negeri yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS). Melalui sesi sebegini, JPANS juga berpeluang mendapat maklumbalas dan input berguna dari kalangan PSM bagi tujuan penambahbaikan bersama.

Sejurus selepas itu, Pengurus-Pengurus Sumber Manusia juga telah diraikan dalam Majlis Hari Raya yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri serta pengarah-pengarah bahagian JPANS.

Dalam majlis tersebut, Ybhg. Datuk mengambil peluang beramah mesra bersama semua tetamu sebagai tanda penghargaan kepada usaha PSM dalam menguatkuasakan peraturan dan pekeliling dengan tujuan meningkatkan prestasi kementerian, jabatan, pejabat daerah dan agensi masing-masing.

Sekian, terima kasih
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain