6 MEI - Program Roadshow BKNS 2024 diteruskan lagi bersama mahasiswa/i Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Kampus Induk Parit Raja dan Cawangan Pagoh telah berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim pada Sabtu, 4 Mei 2024.
Objektif program ini dilaksanakan bagi menyantuni anak-anak sabah yang memerlukan bantuan pendidikan dan memantau hal ehwal pelajar tajaan BKNS.
Pengisian program bermula 9 pagi sehingga 1 petang itu dimulakan dengan sesi taklimat tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Seramai 250 pelajar anak Sabah telah menyertai program ini.
Ahli jawatankuasa BKNS yang turut hadir ialah Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah dan panel jemputan terdiri daripada Puan Hjh Rogayah Ag Besar, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Puan Noor Shiela binti Dahyan, Pejabat Tugas - Tugas Khas Sabah, Ustaz Safruddin bin Manshuruddin, wakil daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Encik Ahmad Sofi bin Awang Sofien, wakil daripada Perbadanan Baitulmal Sabah.
Program turut diselitkan perasmian logo baharu Persatuan Mahasiswa/i Sabah UTHM (PERMAS) oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan diakhiri dengan Jamuan Riang Raya Sabahan UTHM anjuran PERMAS.
Turut hadir, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah BKNS dan tiga (3) orang pegawai BKNS sebagai urus setia program roadshow tersebut.
Sekian, terima kasih.


