Kandungan sedang dimuatkan...

𝘙𝘰𝘢𝘥𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘉𝘒𝘕𝘚 2024 𝘥𝘪𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢/𝘪 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘛𝘦𝘬𝘯𝘪𝘬𝘢𝘭 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘔𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢 (𝘜𝘛𝘦𝘔) 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘋𝘦𝘸𝘢𝘯 𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵𝘰𝘳𝘪𝘶𝘮 𝘊𝘢𝘯𝘴𝘦𝘭𝘰𝘳𝘪 𝘜𝘛𝘦𝘔

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

6 MEI - Program Roadshow BKNS 2024 diteruskan lagi bersama mahasiswa/i Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berlangsung di Dewan Auditorium Canselori UTeM pada Sabtu, 4 Mei 2024

Objektif program ini dilaksanakan bagi menyantuni anak-anak Sabah yang memerlukan bantuan pendidikan dan memantau hal ehwal pelajar tajaan BKNS.

Pengisian program bermula 3.30 petang sehingga 6.00 petang itu dimulakan dengan sesi taklimat tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri dan sesi dialog bersama ahli jawatankusa BKNS yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Seramai 100 pelajar anak Sabah telah menyertai program ini.

Ahli jawatankuasa BKNS yang turut hadir ialah Puan Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pendidikan Yayasan Sabah dan panel jemputan terdiri daripada Puan Hjh Rogayah Ag Besar, Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah, Puan Noor Shiela binti Dahyan, Pejabat Tugas - Tugas Khas Sabah, Ustaz Safruddin bin Manshuruddin, wakil daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Encik Ahmad Sofi bin Awang Sofien, wakil daripada Perbadanan Baitulmal Sabah.

Turut hadir, Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah BKNS dan 3 orang pegawai BKNS sebagai urus setia program roadshow tersebut.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain