Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘳𝘴𝘶𝘴 𝘗𝘦𝘮𝘢𝘯𝘵𝘢𝘱𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘵𝘢 (𝘔𝘪𝘤𝘳𝘰𝘴𝘰𝘧𝘵 𝘌𝘹𝘤𝘦𝘭) 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘮 𝘏𝘪𝘛𝘢𝘭𝘦𝘯𝘵 𝘚𝘪𝘳𝘪 2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

9 MEI - Kursus Pemantapan Pengurusan Data (Microsoft Excel) bagi Pegawai Interim HiTalent Siri 2 telah berlangsung dengan jayanya pada 06 Mei hingga 08 Mei 2024 bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

Kursus anjuran Bahagian Perkhidmatan Awam yang dihadiri oleh 16 orang Pegawai Interim HiTalent Siri 2 bertujuan untuk memberi kemahiran serta kefahaman kepada peserta dalam menguruskan data dengan lebih baik dan berkesan.

Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Azrin Aziz bin Abdul Karim dari pihak AMC College yang merangkumi 3 tahap pengurusan data melalui Microsoft Excel seperti senarai yang berikut:

i. Microsoft Excel Level 1 – Basic
ii. Microsoft Excel Level 2 – Calculation and Function
iii. Microsoft Excel level 3 – Analysis and Pivot Talble

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain