Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘓𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘚𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘬 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 (𝘑𝘗𝘈𝘕) 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘗𝘦𝘫𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘤𝘪𝘭 𝘚𝘰𝘰𝘬

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

9 MEI – Sesi Libat Urus Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) bersama Pejabat Daerah Kecil Sook telah diadakan pada 8 Mei 2024 (Rabu), 9.00 Pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Sook.

Sesi Libat Urus Strategik diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri. Libat Urus Strategik bersama Pejabat Daerah merupakan satu inisiatif JPAN untuk memperkasakan perkhidmatan awam diperingkat daerah, ia bertujuan untuk memastikan pejabat-pejabat daerah di bawah pentadbiran Kerajaan negeri lebih komprehensif selaras dengan objektif, fungsi dan peranan penubuhan Pejabat Daerah.

Sesi Libat Urus Strategik ini juga bertujuan untuk menyelesaikan isu dan masalah perjawatan dan perkhidmatan untuk mengukuhkan jentera pentadbiran di peringkat daerah agar penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih efisien, efektif dan berkualiti. Selain itu, turut dibincangkan juga adalah isu-isu teknikal berhubung dengan penaiktarafan Daerah Kecil Sook kepada Daerah Penuh.

Hadir sama semasa libat urus tersebut, Puan Caroline Benjamin Jungan, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook, Puan Hjh. Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (Pengurusan), Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, dan Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain