1 JUL - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) ke Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam , Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah diadakan pada 29 Jun 2024, Sabtu di Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu.
Tujuan Libat Urus Strategik ini dilaksanakan adalah untuk mendengar serta menyelesaikan isu-isu berkaitan perjawatan dan perkhidmatan yang dihadapi oleh agensi-agensi di bawah pemantauan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Sesi Libat Urus Strategik ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan seterusnya sesi pembentangan mengenai isu-isu yang dihadapi oleh Jabatan Hidupan Liar. Selepas pembentangan selesai, sesi bergambar diadakan di luar Dewan Trogon dan lawatan ke Pusat Lawatan Tabin.
Rombongan JPAN disantuni oleh Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Encik Augustine Tuuga bersama barisan pegawai pengurusan tertinggi Jabatan Hidupan Liar. Turut hadir sama, Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam, Puan Maznah binti Maun, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Martina Jublee, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Organisasi serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.


