2 JUL – Sesi Libat Urus Strategik (LUS) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) bersama Pejabat Daerah Kalabakan telah diadakan pada 26 Jun 2024 (Rabu), 2.00 Ptg, bertempat di Bilik Mesyuarat Silimpopon, Pejabat Daerah Kalabakan.
Sesi Libat Urus ini diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri. LUS bersama Pejabat Daerah merupakan satu inisiatif JPAN untuk memperkasakan perkhidmatan awam di peringkat daerah, bertujuan untuk memastikan pejabat-pejabat daerah di bawah pentadbiran Kerajaan negeri lebih komprehensif selaras dengan objektif, fungsi dan peranan penubuhan Pejabat Daerah tersebut.
Sesi Libat Urus Strategik ini juga bertujuan untuk menyelesaikan isu dan masalah perjawatan dan perkhidmatan untuk mengukuhkan jentera pentadbiran di peringkat daerah agar penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih efisien, efektif dan berkualiti.
Rombongan YBhg Datuk telah disambut oleh Pegawai Daerah Kalabakan Tuan Muhammad bin Hj. Mohd. Ali serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Daerah Kalabakan.
Hadir sama semasa libat urus tersebut, Puan Hjh. Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (Pengurusan), Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO), Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam (BPA), Puan Maznah binti Mohd Maun, Ketua Penolong Pengarah BPA, Puan Martina Jublee Ketua Penolong Pengarah BPO dan beberapa orang urusetia terlibat dari BPO dan BPA.
Sekian, terima kasih.


