12 JUL - Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dengan kerjasama daripada Persatuan Setiausaha Negeri Sabah (SSS) dan Persatuan Setiausaha Sabah (SAS) menganjurkan Majlis Malam Anugerah sempena Minggu Setiausaha Perkhidmatan Awam (MSPA) 2024, pada 6 Julai lepas.
Dihadiri seramai 140 orang peserta, program ini berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien.
Program MSPA tersebut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berhormat, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri serta isteri Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Dr. Hajah Nuinda Haji Alias.
Sebanyak empat anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Setiausaha Harapan 2024 (diraih oleh 3 penerima), Anugerah Jasa Kesetiausahaan 2024 (diraih oleh 1 penerima), Anugerah Setiausaha Cemerlang (diraih oleh 3 penerima) dan anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Setiausaha 2024 (dinobatkan pada 1 penerima) telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.
Turut hadir, Yang Berbahagia Datuk Zainudin Bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Puan Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah INSAN selaku Pengerusi Pelaksana MSPA 2024, Puan Doria Tai Yun Tyng, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Antara objektif pelaksanaan MSPA, bagi menghargai sumbangan dan perkhidmatan Setiausaha dan Pembantu Setiausaha Pejabat di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Selain itu, menambah ilmu pengetahuan dan jati diri melalui seminar yang diadakan, membudayakan inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan tugas sebagai setiausaha.
Sekaligus, memupuk sikap prihatin dan penyayang kepada masyarakat melalui aktiviti Kerja Amal; dan juga menghargai jasa dan bakti para setiausaha melalui Anugerah Tokoh Setiausaha dan Setiausaha Cemerlang dalam Perkhidmatan Awam Negeri.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS).
Sekian, terima kasih.


