20 JUL - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) ke Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 15 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Murai Batu, Tingkat 7, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Sesi Libat Urus Strategik ini dimulakan dengan sesi lawatan Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta rombongan ke setiap bahagian dalam Kementerian untuk bertemu ramah dengan pegawai serta kakitangan diringi oleh Puan Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian.
Sesi libat urus diteruskan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Puan Josie Lai mengenai hala tuju serta isu-isu perjawatan yang dihadapi oleh kementerian.
Turut hadir sama, Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Maznah binti Maun, Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Martina Jublee, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Organisasi serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.


