22 JUL - Bengkel Pengkelasan Fail Fungsian anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan telah berlansung dengan jayanya pada 16 sehingga 18 Julai 2024, 8 pagi sehingga 5 petang.
Bengkel ini dihadiri seramai 50 peserta diwakili Pegawai Rekod Bahagian & Jawatankuasa kecil setiap Bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Bengkel telah diadakan di Bilik Kuliah, Aras 12 dan Bilik Mesyuarat, Bahagian Kerajaan Digital, Aras 13, Blok A, Menara Kinabalu.
Objektif Kursus, Menambah dan memperluaskan pengetahuan pegawai mengenai pengurusan fail dan dapat memperkemaskan sistem klasifikasi fail yang sedia ada di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
Kandungan Kursus, Pengenalan kepada pengkelasan fail housekeeping dan fungsian, Pengkelasan fail fungsian, Penyediaan sistem fail fungsian dan pembentangan fail fungsian setiap bahagian.
Penceramah yang terlibat ialah Puan Sabarinah Hj.Matnin dan fasilatator Puan Nabilah Fatanah binti Abu Talip dari Jabatan Arkib Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.


