22 JUL - Bahagian Perkhidmatan Awam telah mengajurkan Program Onboarding Perkhidmatan Awam Tahun 2024 pada 18 sehingga 20 Julai 2024 bermula 8:30 Pagi sehingga 4 Petang bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Pegawai Kumpulan Pelaksana.
Program Onboarding ini telah dihadiri seramai 101 orang yang terdiri daripada pegawai lantikan baharu dan pegawai yang diberi pemangkuan pertama tahun 2024.
Program ini bertempat di Bilik Kuliah, Aras 12 (pada 18 dan 19 Julai) dan Kiulu Nature Camp, Tuaran (pada 19 Julai).
Objektif penganjuran program adalah untuk memberi pengenalan dan kefahaman tentang profesionalisme penjawat awam negeri Sabah.
Program turut diisi dengan penerapan nilai-nilai murni yang memberi pengenalan dan pendedahan kepada pegawai-pegawai untuk meningkatkan nilai budaya kerja cemerlang, penerapan integriti dan pengurusan sahsiah kendiri.
Selain itu, program ini juga diisi dengan kursus budaya kerja berpasukan dan jati diri (teambuilding) yang telah diadakan di Kiulu Nature Camp, Tuaran bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang mahir, kreatif, berinovasi, berdaya saing dan peka dengan keperluan jabatan/kementerian.
Sekian, terima kasih.


