24 JUL - YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah melancarkan buku 'The Diaries of Alexander Rankin Johnstone Dunlop (1897-1901)' di Bilik Mini Teater, Jabatan Arkib Negeri Sabah pada Selasa (23 Julai).
Diari asal berusia 127 tahun milik bekas pegawai kolonial British itu kini disimpan di Arkib Negeri Sabah telah didokumenkan dalam sebuah buku yang akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat sebagai bahan rujukan penyelidik dan generasi akan datang.
Ketika berucap, Datuk KP menyeru Jabatan Arkib Negeri Sabah meneruskan tanggungjawab sebagai jabatan yang bukan sahaja mengurus dan menyimpan rekod dan arkib yang berharga, malah bertindak sebagai gedung ilmu kepada pelajar, penyelidik dan generasi akan datang.
Selepas melancarkan, Datuk KP dibawa ke Galeri Pameran dan melawat ke Bahagian Pemuliharaan dan Reprografi serta Pusat Sumber Arkib.
Turut hadir pada majlis pelancaran buku itu Puan Shirley Sion, Pengarah Jabatan Arkib Negeri Sabah, Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat JPANS, editor bersama buku berkenaan, Stella Moo-Tan serta ahli keluarga generasi AR Dunlop dan kakitangan jabatan.
Sekian, terima kasih.


