25 JUL – Satu sesi pembentangan oleh peserta program Latihan Dalam Perkhidmatan (Luar Negara): “Finance and Strategic Budget Planning” telah diadakan di tingkat 14, Smart Library JPAN, pada 23 Julai, selasa lepas.
Program Latihan Dalam Perkhidmatan ini telah berlangsung selama dua minggu bermula 22 April 2024 sehingga 3 Mei 2024. Program ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan peserta mengenai sistem perkhidmatan awam di United Kingdom serta mengasah kemahiran peserta dalam pengurusan kewangan dan belanjawan strategik.
Ybhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan Ybhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) turut hadir bagi menyaksikan pembentangan oleh peserta-perserta program.
Turut hadir merupakan Bendahari Negeri, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah serta wakil ketua-ketua jabatan bagi setiap peserta.
Sekian, terima kasih.


