06 OGOS - Majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (ABCKNS) Tahun 2024 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Majlis ABCKNS ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN), Kumpulan Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Seramai 88 penerima anugerah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang dibahagikan kepada tiga jenis penganugerahan iaitu Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah seramai 40 penerima; Anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah seramai 40 penerima; dan lapan penerima bagi Anugerah MUIS.
Dalam ucapan YAB Ketua Menteri, pelaksanaan Anugerah Biasiswa Cemerlang Kerajaan Negeri Sabah (BCKNS) yang bermula sejak tahun 2022 ini adalah selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), di mana biasiswa ini diberikan untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak negeri Sabah.
Kerajaan negeri pada tahun 2023 telah menambah peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) daripada RM50 juta kepada RM101 juta, dengan seramai 7,304 pelajar telah menerima penajaan bagi meneruskan pengajian di dalam
dan luar negara pada tahun ini.
Hadir sama dalam majlis itu, YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN); YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah; YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Seri Haji Gulam Haidar Khan Bahadar, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah; YB Datuk Jasnih Dayah, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd; YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin, Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri; dan YBhg. Datuk Haji Raisin bin Saidin, pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; dan Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.


