07 OGOS - Majlis pelancaran Minggu Integriti Jabatan Ketua Menteri Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Auditorium Utama, Aras 4, Menara Kinabalu pada Isnin (05 Ogos).
Majlis dilancarkan oleh YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) yang mewakili YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri.
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) seterusnya dilafaz secara beramai oleh pegawai dan anggota perkhidmatan awam yang diketuai oleh Puan Aidah @ Idah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam Negeri sebelum upacara pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hajah Diyanah.
Pada pertandingan mencipta tema bagi minggu integriti tahun ini, Mohd Azri Hisyam Jamil dari JPAN telah memenangi tempat pertama sekaligus tema yang dicipta "Integriti Penentu Legasi" menjadi tema rasmi.
Majlis turut diisi dengan sesi ceramah pertama oleh Puan Aini Awang Muda, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Sabah dan ceramah kedua oleh YBhg. Sahibus Samaha Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.


