21 OGOS - Kursus Perubahan Hidup Selepas Persaraan: Adaptasi dan Pernyesuaian Diri, anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah berlangsung dengan jayanya bermula 19 sehingga 20 Ogos 2024, tadi.
Bertempat di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency, kursus ini dihadiri seramai 38 orang daripada pelbagai agensi yang akan bersara dalam tempoh satu sehingga tiga tahun.
Objektif penganjuran ialah untuk membantu peserta mempersiapkan diri bagi menempuh alam persaraan dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan.
Seterusnya, Perancangan kewangan, kesihatan, kebajikan sosial dan penyesuaian gaya hidup selepas bersara di samping membantu peserta menguruskan perasaan dan persepsi mereka terhadap persaraan dengan positif.
Turut hadir, Tuan Hj Mohd Fadil Sarehan, Pengarah Kwsp Wilayah Sabah & W.P. Labuan yang memberikan taklimat mengenai Kesedaran Perancangan Persaraan dalam usaha untuk menangani masalah ketidakcukupan simpanan persaraan dikalangan rakyat Malaysia dan membuat perancangan kewangan yang sewajarnya ke arah persaraan yang lebih selesa.
Mobile Kaunter Perkhidmatan KWSP turut dibuka, antara perkhidmatan yang ditawadkan ialah Pendaftaran ahli KWSP, Penamaan, Pendaftaran i-Akaun KWSP, Pengemaskinian nombor telefon bimbit, Penambahan caruman/simpanan KWSP (VE / Sukarela) dan Pertanyaan Produk KWSP (Pendaftaran i-Saraan dan lain-lain).
Sekian, terima kasih.


