22 OGOS - Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Latihan Kemahiran untuk Golongan B40 Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) Tahun 2023 anjuran Rozsall Beauty Academy telah berlangsung pada 17 Ogos 2024 dan bertempat di Dewan Melati, Tingkat 1, Hotel Promenade, Kota Kinabalu,
Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Encik Khairul Safwan bin Datuk Mansur, Pengarah Rozsall Beauty Academy, manakala ucapan perasmian disampaikan oleh Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Puan Emas Sanjongan Datu Okar mewakili Datuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, sekaligus menyampaikan Sijil tamat Latihan Kemahiran kepada 11 orang pelajar Golongan B40 Tajaan JPANS Tahun 2023.
Seramai lima (5) orang pelajar yang baru sahaja menamatkan latihan juga telah mendapat surat tawaran pekerjaan daripada Mi.A beaute, Imago Mall Kota Kinabalu.
Turut hadir, Pengasas Roszall beauty academy Puan Salina Awang Ali dan ibu bapa pelajar
Sekian, terima kasih.


