23 OGOS - Bahagian Saraan dan Pencen (BS&P) telah berkolaborasi bersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk melaksanakan Program Jelajah MyPesara Peringkat Negeri Tahun 2024 bertempat di hotel Lè Meridièn.
Objektif program tersebut adalah untuk mendekati bakal pesara-pesara disamping menjadikan program ini sebagai platform perkongsian maklumat berkaitan perancangan dan pengurusan harta pusaka, penipuan scam dan jenayah siber serta taklimat berkaitan pencen.
Program ini telah dihadiri seramai 260 orang bakal pesara dan pesara daripada Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.
Program juga telah dirasmikan oleh Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Sementara itu, pihak urus setia (BS&P) telah melawat 5 orang pesara terpilih di sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Delegasi ini turut diiringi oleh Encik Mohd Shahrim bin Hussin, Pengarah Bahagian Pencen JPA, dan Datuk Hajah Nik Amlizan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP.
Sesi Ziarah MyPesara dijalankan bagi menyantuni para pesara sambil memberi peluang kepada mereka untuk berkongsi maklum balas secara terbuka.
Sekian, terima kasih.


