26 OGOS - Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan taklimat โMeningkatkan Simpanan Umat Islam di Tabung Hajiโ bertempat di bilik kuliah, aras 12 pada 22 Ogos, lepas.
Ceramah yang disampaikan oleh Hj Yusdi bin Hj Nasip, Pengarah Tabung Haji Negeri Sabah itu telah dihadiri seramai 50 orang warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) daripada semua bahagian.
Objektif penganjuran program ialah untuk meningkatkan simpanan umat islam di Tabung Haji bagi persediaan ibadah haji.
Selain itu, Tabung Haji juga membuka kaunter bagi urusan-urusan seperti pembukaan akaun baharu, urusan haji, akaun simpanan di Tabung Haji, aplikasi TH iJari, TH Khairat dan lain-lain.
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)
dan Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Sekian, terima kasih.


