30 OGOS - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan rombongan disantuni oleh Tuan Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah serta barisan pengurusan tertinggi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah telah diadakan pada 29 Ogos 2024 (Khamis) bertempat di Aras 2, Blok A, Bilik Madani, Wisma MUIS.
Sesi Libat Urus ini juga disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Sains.
Sesi Libat Urus Strategik ini telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan serta harapan ke arah penambahbaikan struktur serta memperkasakan perkhidmatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri oleh Yang Berhormat Datuk Menteri.
Sesi libat urus diteruskan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Tuan Hj. Ahmad bin Yusop, Timbalan Pengarah (Pengurusan) mengenai hala tuju serta isu-isu perjawatan dan perkhidmatan yang dihadapi oleh jabatan.
Turut hadir sama, Puan Hani Sandra Musli daripada Kementerian Kewangan, Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam
Sekian, terima kasih.


