Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘈𝘯𝘶𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘊𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨 (𝘈𝘗𝘊) 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2023

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

04 Sept - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 2023 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa (3Sept).

Majlis pengiktirafan atas kualiti dan prestasi kerja kakitangan jabatan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah, pengarah-pengarah bahagian serta kakitangan JPAN.

Dalam ucapan perasmian Datuk KP, jabatan ini telah berjaya mencapai 99% dalam pengemaskinian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), yang merupakan pencapaian penting sebagai indikator untuk penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Seramai sembilan orang penerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan 10 orang penerima APC dari setiap bahagian telah diiktiraf pada tahun 2023.

Datuk KP turut menegaskan pegawai yang tidak menerima APC untuk tidak berkecil hati dan menyatakan setiap pegawai telah menunjukkan usaha berdaya saing dan kompetitif dalam jabatan ini.

“APC hanyalah satu bentuk ganjaran, usaha ikhlas anda akan dibalas dengan pelbagai kebaikan yang akan hadir dalam bentuk yang berbeza kelak, insyaAllah”, katanya.

Tahniah kepada semua penerima. Semoga terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada jabatan.


Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain