9 SEP - Sesi Pembentangan Peserta High Performance Talent (HiTalent) Siri 2/2023 telah berlangsung pada 5 September 2024, Khamis, lepas.
Selaras dengan Modul Pelaksanaan Program HiTalent Siri 2/ 2023, seramai 14 orang peserta dikehendaki untuk membuat pembentangan berkaitan tugasan Self-Directed Learning (SDL) yang berasaskan daya penyelesaian masalah atau pembudayaan inovasi untuk dilaksanakan di penempatan masing-masing.
Antara pengisian program tersebut ialah, pembentangan daripada 14 orang peserta HiTalent Siri 2/2023 dan penyampaian surat pelanjutan (penempatan di agensi Kerajaan Negeri Sabah).
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam (BPA) dan Puan Maznah binti Mohd Maun, Ketua Penolong Pengarah BPA.
Sekian, terima kasih.


