9 SEPT - Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 14, Blok A, Menara Kinabalu pagi tadi.
Kunjungan diketuai oleh Dato Haji Syeed Mohd Hussien bin Wan Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS bersama Dr Dyg Hanani binti Abang Ibrahim, Ketua Pegawai Akademik CENTEXS juga Puan Salina Ali dari Rozsall Beauty Academy.
Kunjungan dibuat adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini berkenaan program di CENTEXS dan potensi kolaborasi dalam pembangunan bakat.
Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti, serta Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan.
Sekian, terima kasih.


