Kandungan sedang dimuatkan...

𝘉𝘪𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘈𝘯𝘶𝘨𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘊𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪-𝘗𝘦𝘳𝘵𝘶𝘢 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

11 SEPT - Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah, berkenan menyampaikan Biasiswa Anugerah Cemerlang Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2024 di Istana Seri Kinabalu, pagi tadi.

Seramai lima orang anak tempatan Sabah menerima Biasiswa Anugerah TYT yang merupakan pengiktirafan kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Penerima anugerah tersebut adalah Asha Ann Katrie yang akan melanjutkan pengajian di University of Melbourne, Australia; Nicholas Chung Hong Sheng di University of East London, Englan; Nur Nadhirah binti Sulaiman, Cardiff University, Wales; Aedan Luke Komuji di University of Liverpool, England; dan Muhammad Idham bin Noltam, Queensland University of Technology, Brisbane, di Australia.

Hadir pada majlis itu, YB Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Tuan Ramlan bin Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan urus setia Biasiswa Anugerah Cemerlang Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tahun 2024 serta ibu bapa penerima anugerah.


Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain