11 SEP - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) ke Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan rombongan disantuni oleh Yang Berbahagia Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur serta barisan pengurusan tertinggi telah diadakan pada 10 September 2024 (Selasa) bertempat di aras 8, Bilik Mesyuarat Timbalai, JTU.
Sesi libat urus dimulakan dengan pembentangan mengenai hala tuju JTU dan penambahbaikan struktur perjawatan serta isu-isu perjawatan yang dihadapi oleh Jabatan, disampaikan oleh Puan Frida Ramli, Ketua Bahagian Pentadbiran Jabatan Tanah dan Ukur. Selepas sesi pembentangan selesai, Yang Berbahagia Datuk Zainudin bin Aman mengadakan sesi lawatan ke beberapa bahagian sambil beramah mesra bersama kakitangan JTU.
Turut hadir, Puan Hjh Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi , Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.


