Kandungan sedang dimuatkan...

๐˜”๐˜ข๐˜ซ๐˜ญ๐˜ช๐˜ด ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜š๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ข๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ฏ 2024 ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ณ, ๐˜œ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ (๐˜œ๐˜”๐˜š)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

12 SEPT- YBhg. Tan Sri Datoโ€™ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyampaikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam di Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Seramai 4,500 orang anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri Sabah daripada pelbagai Jabatan dan Agensi hadir bersama-sama dalam perhimpunan ini.

Dalam ucapan YBhg. Tan Sri KSN, seiring dengan usaha untuk menjayakan reformasi perkhidmatan awam, beliau mengajak semua penjawat awam di Negeri Sabah untuk menghayati sedalam-dalamnya nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. Ini bertepatan dengan Hari Malaysia yang akan disambut tidak lama lagi.  

Nilai M.A.L.A.Y.S.I.A membawa kepada perincian seperti berikut:

M: Mesra - sopan santun dan empati dalam memberi perkhidmatan.
A: Adil - meletakkan sesuatu pada haknya.
L: Luhur - memuliakan perkhidmatan dengan komited dalam pekerjaan.
A: Amanah - jujur dan ikhlas dalam menggalas tugas.
Y: Yakin - percaya dengan kebolehan diri serta semangat berorganisasi.
S: Setia - taat dan setia berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan.
I: Islah - sentiasa melakukan pembaharuan dan penambahbaikan.
A: Arif - mesti berilmu, berpengetahuan dan berkemahiran.

YBhg. Tan Sri KSN juga memberikan penumpuan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi iaitu Penghayatan Nilai dan Tatakelola; Pembangunan Modal Insan; Pembangunan Organisasi; Penyampaian Perkhidmatan; dan Sinergi Awam dan Swasta.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datoโ€™ Seri Haji Rosli bin Isa,
Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan YBhg. Professor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri.

Pada majlis tersebut, kakitangan Governan dan Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri turut mewakili Kerajaan Negeri Sabah bagi sesi lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Dr. Zulasri bin Pitting yang mana lafaz ikrar ini adalah simbolik kepada kebersamaan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Sabah dan juga Persekutuan dalam menjayakan segala perancangan serta aspirasi sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.


Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain