23 SEPT - Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan kunjungan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Smart Library, Tingkat 14, Blok A, Menara Kinabalu pagi tadi.
Kunjungan diketuai oleh Tuan Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Puan Norasikin binti Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan IIM bersama timbalannya Dr. Rashidah binti Kamarulzaman.
Kunjungan bertujuan sebagai tanda penghargaan dari pihak IIM selepas melaksanakan Tinjauan Integriti 2024 yang dibuat bagi mendapatkan pandangan serta komitmen jabatan terhadap nilai integriti seperti keterbukaan, kejujuran dan tanggungjawab dalam semua tindakan dan keputusan selain dari memulakan hubungan kerjasama di antara IIM dan JPANS.
Kunjungan dihadiri oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) mewakili Ybhg. Datuk KP, Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governan & Korporat, Penolong Pengarah G&K, Daneial Arizio C. Bansin dan Joseph Bachee.
Sekian, terima kasih.


