Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘪 𝘭𝘪𝘮𝘢 𝘱𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘵𝘦𝘳𝘱𝘪𝘭𝘪𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘛𝘢𝘸𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘉𝘪𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘉𝘒𝘕𝘚) 𝘒𝘦 𝘓𝘶𝘢𝘳 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

25 SEPT- Seramai lima pelajar terpilih menerima Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024.

Majlis penyerahan tawaran itu disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di pejabatnya di Aras 33, Menara Kinabalu, sebentar tadi.

Penerima tawaran tersebut ialah Meagan Chin Min Gen, yang akan melanjutkan pengajian di Cardiff University, United Kingdom dan Brenda Chan Yi Lin, di University of Manchester juga di UK.

Manakala, Nurul Sabrina binti Moh Zakir yang melanjutkan pengajian di University Airlangga, Indonesia dan Allen Martin Jumin di University College Dublin, Ireland serta Muhammad Iezhanuddin bin Ramlin, di Northumbria University, UK masing-masing diwakili oleh bapa, ibu dan Muhammad Iezhanuddin diwakili oleh bapa saudaranya.

Hadir sama, YB Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah; YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg. Datuk Zainudin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri; YBhg. Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran); YBhg. Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan; YBhg. Datuk Norlijah Haji Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah; Puan Hajah Bahiwata S. Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah dan Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri bersama urusetia BKNS serta para ibu bapa penerima.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain