Upacara dimulakan dengan Istiadat Perbarisan yang diadakan di Padang Merdeka seawal 7 pagi yang membabitkan 2,788 peserta perbarisan daripada 82 buah kontinjen terdiri dari pasukan keselamatan termasuk polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar. Tembakan meriam sebanyak 17 das dari Rejimen Ke-6 Artileri DiRaja turut dilaksanakan semasa TYT Tun memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama Batalion ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja.
YBhg. Datuk KP kemudian menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu. Sempat individu menerima darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) dan secara keseluruhan seramai 87 individu menerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), manakala seramai 116 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti 274 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), seramai 320 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 144 orang menerima Sijil Kehormat, manakala 10 orang menerima Jaksa Pendamai.
Pada sebelah malam pula, YBhg. Datuk KP bersama isteri menghadiri Majlis Jamuan Negeri sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah.
Sekian, terima kasih.


