Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘙𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘔𝘦𝘴𝘳𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘭𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩

11 OKT - Majlis Ramah Mesra bersama Persatuan Pelajar Sabah telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Oktober, semalam.

Disempurnakan oleh YB Datuk Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan Sabah, yang turut menyantuni pelajar-pelajar yang menuntut pengajian di sekitar Kuala Lumpur.

Dihadiri seramai 540 orang pelajar, majlis yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) itu turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Turut serta, Datuk Malai Ali bin Ali Ahmad, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah bin Datuk Haji Sulaiman Omar, D.M.SM, A.S.D.K, JP, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Encik Ramlan bin Awang Ali, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag Duraman, Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur, Ustaz Ag Juri bin Ag Tahir, Timbalan Pengarah JHEAINS, Puan Zaidah Hussien, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Kuala Lumpur, Puan Jurianah Juti, Pejabat Tugas-Tugas Khas, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan wakil universiti.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain