Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘭 𝘚𝘪𝘴𝘵𝘦𝘮 𝘚𝘢𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 (𝘚𝘚𝘗𝘈) 𝘒𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢-𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯

16 OKT – Sesi Penerangan Awal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Kepada Ketua-Ketua Perkhidmatan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Kuliah Aras 12, JPANS.

Dipengerusikan oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) mewakili YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, mesyuarat tersebut dihadiri seramai 29 orang yang terdiri daripada Ketua - Ketua Perkhidmatan dan Pengurus Sumber Manusia (PSM).

Penerangan berkenaan SSPA telah disampaikan oleh Puan Aidah Hj. Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Encik Joiner Juan, Penolong Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen.

Tujuan pelaksanaan program adalah untuk memberi pemakluman kepada Ketua-Ketua Perkhidmatan berkenaan pelaksanaan SSPA, mendapatkan maklumbalas, input dan pandangan untuk tujuan perundingan bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia dan memastikan penerimaan SSPA dapat dibuat secara inklusif sekiranya dikuatkuasakan di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain