Majlis perasmian KITA2024 yang bertemakan "Integriti Lestari Asas Kejayaan Madani" ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah pada Isnin. Manakala, majlis penutupan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri kelmarin.
Objektif penganjuran KITA2024 ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keunggulan sahsiah diri, meningkatkan pendedahan dan memperkaya pengalaman melalui perkongsian ilmu pengetahuan, inspirasi kejayaan dan budaya berprestasi tinggi, dan mewujudkan sinergi pelbagai agensi dalam memaksimumkan penggunaan sumber dan idea dalam tindakan pemantapan Governans, Integriti, dan Antirasuah (GIA) serta memperluas jaringan profesional dan sosial antara peserta dengan pihak-pihak berkepakaran dalam bidang GIA.
Sekian, terima kasih.


