28 OKT - YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama pengurusan tertinggi Jabatan dan Kementerian telah menghadiri Sesi Libat Urus Pekeliling Perkhidmatan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bersama Penjawat Awam Negeri Sabah dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi hari ini.
Sesi taklimat SSPA telah diberikan oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia yang diketuai oleh Encik Azhar bin Aziz, Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Skim Perkhidmatan, Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA Malaysia.
Pada sebelah petang pula, Datuk KP bersama Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan pengarah-pengarah bahagian serta warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menghadiri Majlis Menandatangani Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Penerangan ringkas tatacara persetujuan opsyen telah disampaikan oleh Puan Aida @ Idah binti Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.


