Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘙𝘰𝘢𝘥𝘴𝘩𝘰𝘸 𝘉𝘪𝘢𝘴𝘪𝘴𝘸𝘢 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘜𝘯𝘪𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪𝘵𝘪 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘮𝘱𝘶𝘴 𝘈𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢𝘣𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢 𝘓𝘢𝘣𝘶𝘢𝘯 (𝘜𝘔𝘚𝘒𝘈𝘓), 𝘓𝘢𝘣𝘶𝘢𝘯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

1 NOV - Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri telah mengadakan Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Labuan.

Bertempat di Dewan Utama, UMSKAL, program tersebut
bertujuan untuk menyantuni anak-anak Sabah yang memerlukan bantuan pendidikan dan memantau hal ehwal pelajar Sabah di UMSKAL.

Berlangsung pada 27 Oktober 2024, lepas, pengisian program, ialah sesi taklimat bantuan pendidikan oleh kerajaan negeri Sabah dan telah melibatkan seramai 330 orang pelajar anak Sabah.

Program tersebut dihadiri oleh YB Datuk Dr Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah Merangkap Exco Pendidikan dan Agama, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Norlija @ Norlijah Binti Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Datuk Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang di-Pertuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), YBhg. Datuk Hj. Omar Raisul Assalam Syah bin Datuk Haji Sulaiman Omar, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, dan Prof Madya Dr. Mohd Rizal bin Abdul Hamid, Pengarah UMS Kampus Antarabangsa Labuan.

Turut hadir, Puan Emas Sanjongan binti Datu Okar, Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dan 3 orang pegawai BKNS sebagai urus setia program tersebut.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain