Kandungan sedang dimuatkan...

𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘈𝘱𝘳𝘦𝘴𝘪𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘩𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘫𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮

4 NOV - Majlis Apresiasi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Pegawai Perhubungan anjuran Bahagian Perkhidmatan Awam telah berlangsung di Bilik Kuliah, aras 12, tadi.

Majlis tersebut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang sekaligus menyampaikan ucapan penghargaan kepada barisan pegawai-pegawai yang telah memberikan komitmen dalam menjalankan tugasan sebagai pegawai perhubungan sepanjang program-program rasmi seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), BIMP-EAGA dan Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 berlangsung.

Turut hadir, YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan barisan pengarah setiap bahagian, Puan Aidah Hj. Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Tuan Haji Nordin Lossin, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain