6 NOV - Bahagian Saraan dan Pencen (BS&P) telah menganjurkan Program Outreach Jabatan Perkhdimatan Awam Negeri Zon Kota Kinabalu Tahun 2024, semalam.
Bertempat di Dewan Wisma Wanita, Kota Kinabalu program yang berlangsung dengan jayanya ini telah dihadiri oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) sekaligus menyampaikan amanat kepada semua penjawat awam yang hadir.
Sebelum klinik konsultasi dibuka, Sesi ceramah berkaitan i-Saraan juga telah disampaikan oleh pihak KWSP Cawangan Kota Kinabalu.
Objektif penganjuran program outreach ialah memberi penjelasan berkaitan dasar-dasar kerajaan dan nasihat kepada penjawat awam melalui amanat yang disampaikan.
Di samping, menyediakan satu platform kepada semua penjawat awam negeri untuk mendapatkan penjelasan pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan secara terus kepada pegawai mengurus dalam JPAN.
BS&P menyediakan kaunter klinik konsultasi bagi memberi ruang dan peluang kepada penjawat awam yang hadir untuk bertanya hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan, jawatan, kemudahan yang ada dalam PPPANS 2008 dan MBJ Negeri.
Kaunter yang disediakan ialah : perkhidmatan, Persaraan dan cuti, Rawatan, Elaun dan Gaji, Kemudahan, SPANS, KWSP dan Borneo Housing.
Program outreach ini juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Puan Haslina Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.
Turut hadir, Encik Rozhan Zul Azri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, dan Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi.
Sekian, terima kasih.


