09 Nov - Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah menganjurkan tiga program selama dua hari di Le Meridien Hotel.
Program dimulakan dengan Bicara Eksekutif bersama YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti bin Wakiman, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada Khamis (07 Nov).
Pada sebelah petang, Majlis Pelancaran Buku Legasi Ketokohan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Buku ini diterbitkan sebagai penghargaan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi sumbangan besar dalam membangun dan memperkukuh sektor perkhidmatan awam di Sabah.
Terdahulu, sesi bual bicara Memoir Seorang Tokoh Perkhidmatan Awam Negeri Sabah turut diadakan.
Pada petang Jumaat (08 Nov), Majlis Penganugerahan Penarafan Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2024 telah diadakan.
Majlis ini merupakan sebuah pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri kepada agensi dan Pengurus Sumber Manusia (PSM).
Sebanyak 58 anugerah Agensi 5 Bintang, 44 anugerah Agensi 5 Bintang Cemerlang, lapan penerima anugerah Pengurus Sumber Manusia (PSM) Terbaik, dan Anugerah Khas Pengurusan Sumber Manusia Terbaik dipertandingkan.
Sekian, terima kasih


