Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘗𝘦𝘯𝘫𝘢𝘸𝘢𝘵 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪: 𝘒𝘢𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘴𝘢 𝘏𝘢𝘥𝘢𝘱𝘢𝘯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

13 NOV - Seminar Penjawat Awam Madani: Kalis Perkhidmatan Masa Hadapan anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC).

Program yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan telah dihadiri lebih 200 orang penjawat awam yang terdiri daripada kumpulan pelaksana.

Objektif penganjuran program adalah untuk memberikan pengetahuan dan sumber daya yang diperlukan untuk ​meningkatkan kemahiran dan kecekapan individu serta kumpulan ​dalam melaksanakan tugas di jabatan masing-masing.

Turut hadir, YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Doria Tai Yun Tyng, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital yang juga merupakan penceramah program, Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Puan Mary Paul Mijong Dagul, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Puan Salina Muhammad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti.

Selain itu, booth dari pelbagai agensi turut disediakan antaranya ialah:
i. Tabung Haji (TH)
ii. Biasiswa untuk Pegawai Kerajaan Negeri Sabah (BPKNS)
iii. Bahagian Saraan dan Pencen (Perubatan, Perumahan)
iv. Bahagian Kerajaan Digital (DGD)
v. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
vi. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
vii. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan ​​​Malaysia (MAKSAK)
viii. Sabah Credit Corporation (SCC)
ix. Amanah Saham Bumiputra (ASB)
x. Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR)

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain