Kandungan sedang dimuatkan...

𝘉𝘪𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘐𝘕𝘛𝘈𝘕 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘉𝘪𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘈𝘴𝘱𝘪𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘏.𝘌.𝘔.𝘈.𝘛.: 𝘔𝘦𝘳𝘦𝘢𝘭𝘪𝘴𝘢𝘴𝘪 𝘈𝘴𝘱𝘪𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘉𝘦𝘳𝘱𝘳𝘦𝘴𝘵𝘢𝘴𝘪 𝘛𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya


14 Nov - YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) telah hadir bagi menyampaikan Bitara INTAN dalam Bicara Aspirasi H.E.M.A.T.: Merealisasi Aspirasi Perkhidmatan Berprestasi Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pagi tadi.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya menyampaikan teks ucapan YB SKN pada program berkenaan.

Hampir 1,000 penjawat awam Persekutuan dan Negeri hadir bagi mendengar ucapan Bicara Aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam oleh YBhg. Tan Sri KPPA.

Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan; YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan, dan Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.


Sekian, terima kasih
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain