14 NOV - Sesi Libat Urus Strategik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Bersama Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah diadakan pada 13 November 2024 (Rabu) bertempat di Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), Kg. Laya-Laya, Tuaran.
Para rombongan telah disambut oleh YBhg. Puan Maria @ Marcella David Edick, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan) Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan serta Pengurus Besar Ko-Nelayan, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar bersama-sama dengan barisan pengurusan tertinggi Ko-Nelayan.
Pembentangan telah dibuat oleh Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar (Pengurus Besar Ko-Nelayan) bagi memberi gambaran sebenar mengenai dengan fungsi dan hala tuju Jabatan, isu-isu perjawatan, serta perbincangan mengenai penyampaian perkhidmatan Ko-Nelayan kepada orang awam.
Selain Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC), pihak rombongan turut melawat ke Trayong Eco Fishing Point (Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar) dan Taman Mini Akuakultur Ko-Nelayan (TMA) bagi meninjau fasiliti dan prasarana yang terdapat di kedua-dua lokasi.
Turut hadir, YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, serta pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Organisasi.
Sekian, terima kasih.


