3 DIS - Program Penerangan Cukai Pendapatan Penjawat Awam anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan (REKA), JPAN telah berlangsung tadi.
Bertempat di Bilik Kuliah JPAN, Aras 12, Menara Kinabalu, ceramah tersebut telah disampaikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Sabah dan dihadiri seramai 35 orang warga Jabatan.
Objektif penganjuran program ialah untuk meningkatkan pemahaman mengenai cukai pendapatan, menjelaskan kelayakan dan pelepasan cukai, membantu pembayar cukai tentang proses pengisytiharan dan pembayaran cukai serta mengelakkan kesilapan dan penipuan cukai, serta mengurangkan salah faham mengenai cukai dan memperkenalkan aplikasi berkaitan cukai seperti MyTax dan E-Invois.
Kaunter LHDN turut dibuka dan program diakhiri dengan sesi penyerahan cendera kenangan yang telah disampaikan oleh Puan Emas Sanjongan Datu Okar, Presiden Kelab REKA seterusnya sesi bergambar pada jam 12.15 tengah hari.
Sekian, terima kasih.


