Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘦𝘳𝘴𝘪𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘗𝘴𝘪𝘬𝘰𝘭𝘰𝘨𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya


09 Dis - Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2024 telah diadakan dengan jayanya di hotel Hilton Kota Kinabalu pada Khamis (5Dis).

Persidangan sehari yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kapasiti, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri itu telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri yang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan seterusnya menyampaikan teks ucapan YB SKN pada persidangan berkenaan.

Bertemakan “Membangun Kesejahteraan MADANI, Memperkasakan Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi”, seramai lebih 350 orang peserta terdiri daripada pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi menyertai persidangan ini bagi berkongsi ilmu, penyebaran pengetahuan, dan pengukuhan sinergi antara organisasi.

Pada persidangan itu, Portal Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling yang dibangunkan oleh JPAN juga telah dilancarkan. Portal ini dibangunkan untuk memastikan penjawat awam boleh mengakses sokongan psikologi yang diperlukan secara dalam talian dengan mudah dan selesa.

Dalam program sama, Pegawai Pengurus Sumber Manusia turut menerima sijil kelayakan pada program Certified Human Resource Officer (CHRO) yang dianjurkan JPAN bagi mempersiapkan PSM yang profesional untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan yang dinamik.

Sesi interakrif turut diadakan yang disampaikan oleh Profesor Dr. Haslee Sharil Lim bin Abdullah, Dekan Sekolah Psikologi dan Sains Sosial, IMU University; Dr Jalil bin Hassan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia; dan Dr Alizi Alias, Konsultan Psikologi Organisasi selain sesi forum bersama panel Prof Dr Haji Mohd Dahlan Haji A Malek, Dekan Fakulti dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah; Dr Mohammad Firdaus Abdul Aziz, Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang; dan Dr Nur Farhana Ardillah Aftar, Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah bersama moderator, Suzanna binti Piny, Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) cawangan Sabah.

Program ini diakhiri dengan ucapan penutupan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan sesi bergambar.

Sekian, terima kasih
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain